Posting Terkini :
Home » » Damsyik dihujani bedilan

Damsyik dihujani bedilan

Written By Abdullah Othman on Sunday, July 22, 2012 | 3:22 PM

BEIRUT 22 Julai - Pertempuran antara tentera kerajaan Syria dengan pemberontak semakin sengit apabila tentera yang setia dengan Presiden, Bashar al-Assad menyerbu lebih tiga daerah di Damsyik ketika pertempuran berlaku di beberapa kawasan perumahan di bandar terbesar Syria, Aleppo hari ini.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, tentera kerajaan pimpinan Assad menyerbu daerah Barzeh dengan kereta kebal selain penembak tepat ditempatkan di atas bumbung bangunan.

"Dua buah helikopter turut melancarkan serangan di Barzeh dan kepulan asap tebal boleh dilihat di kawasan perumahan tersebut," kata wakil badan pemantau, Rami Abdel Rahman kepada AFP.

Beliau berkata, tentera turut dikerahkan ke luar bandar Mazzeh, Damsyik yang menyaksikan seorang maut dan beberapa orang lagi cedera.

Selain Barzeh dan Mazzeh, pertempuran turut berlaku di daerah Tadamon, al-Midan dan Nahr Ayshe.
Pertempuran sengit di Syria menyebabkan berpuluh-puluh ribu rakyatnya melarikan diri ke negara jiran termasuk Turki, Jordan dan Iraq untuk menyelamatkan diri.

Ankara menyatakan, kira-kira 40,000 rakyat Syria memasuki Turki sejak konflik itu bermula.

Di Aleppo, pertempuran sengit berlaku sejak kelmarin di daerah Salaheddin dan Sakhur.

Lebih 19,000 orang dilaporkan terbunuh dalam keganasan di Syria sejak bermulanya pemberontakan rakyat pada tahun lepas, kata Badan Pemantau Hak Asasi Syria. - AFP
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Rimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template