Posting Terkini :
Home » » Pattani bergolak

Pattani bergolak

Written By Abdullah Othman on Saturday, July 28, 2012 | 6:27 PM


RAKAMAN kamera litar tertutup yang disiarkan polis menunjukkan kumpulan pemisah melepaskan tembakan mesingan ke arah pasukan tentera di Pattani, selatan Thailand, semalam. - AFP
BANGKOK 28 Julai - Kumpulan pemisah menembak mati empat anggota tentera dan mencederakan dua lagi di selatan Thailand awal hari ini ketika keganasan dilaporkan terus meningkat di wilayah bergolak itu sejak bermulanya Ramadan.
Sekumpulan enam anggota tentera itu diserang ketika mereka sedang meronda di sebatang jalan di daerah Mayo, wilayah Pattani.

“Kira-kira 20 anggota kumpulan pemisah yang menaiki tiga buah pikap melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera itu," kata jurucakap tentera selatan Thailand, Kolonel Pramote Prom-in.

Kejadian terbaru itu berlaku selepas satu letupan di tepi jalan yang menyebabkan lima anggota polis maut di wilayah Yala, Rabu lalu.

Kumpulan pemisah sering melancarkan serangan di tiga wilayah di selatan Thailand iaitu di Pattani, Narathiwat dan Yala sejak 2004.

Serangan bom dan tembakan yang mensasarkan anggota tentera dan orang awam tanpa mengira agama sama ada Buddha atau Islam, kini telah meragut lebih 5,000 nyawa dalam tempoh lapan tahun. - AFP
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Rimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template