KEBANYAKAN penyakit
yang dihidapi umat bersangkut paut dengan topik kepimpinan. Tidak dapat
kita nafikan bahawa konsep kuasa dan pemerintahan kerap kali disalah
guna dan penyalahgunaan tersebut telah berlaku secara meluas.
Kesilapan tersebut berpunca daripada salah faham terhadap konsep kepimpinan itu sendiri.
Amanah bukan kebanggaan
Salah faham yang pertama berlaku terhadap makna asas dan tujuan kepimpinan.
Jawatan dianggap lubuk membina pengaruh,
mengukuhkan kedudukan dan mengaut keuntungan harta. Tidak kurang juga
yang mengambil kesempatan tersebut untuk membina pengikut, kemudian
digunakan sebagai pelayan ego mereka.
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء
فقيل وما هن يا رسول الله قال إذا كان المغنم دولا والأمانة مغنما..
"(Maksudnya) Apabila umatku
melakukan 15 perkara, maka layaklah mereka ditimpa bala. Ditanyakan
kepada Nabi, apakah perkara tersebut wahai Rasulullah? Sabda Nabi,
"Apabila harta kekayaan dimonopoli, amanah dijadikan tempat mengumpul
kemewahan.."
Islam mengajar umatnya bahawa urusan
kepimpinan merupakan urusan penting yang tidak boleh dipandang enteng.
Jawatan merupakan amanah terpelihara, bukan peluang mengkayakan diri.
Imam at-Tortushi al-Maliki rahimahullah
pernah menulis sebuah pesanan kepada Ali bin Yusuf bin Tashfin (Amir
kelima Daulah Murabitin, Andalus) yang berbunyi;
"Wahai Abu Ya'qub, sesungguhnya
engkau telah diuji dengan urusan yang jika dipundakkan ke atas langit,
nescaya ia akan terbelah. Jika dipikul oleh bintang, nescaya ia akan
berguguran dan jika ditanggung oleh bumi dan gunung nescaya ia akan
bergoncang. Engkau telah memikul amanah yang apabila ditawarkan kepada
langit, bumi dan gunung-ganang, masing-masing tidak sanggup dan enggan
menerimanya."
(Kisah ini dinukil oleh Abu Abdullah bin al-Azraq di dalam kitab beliau, Badai'u Salk fi Tobai'i Malik menurut catatan Syaikh Said Hawwa: Fusul fil Imrah wal Amir)
Memberi kesan tanpa mencengkam
Istilah kepimpinan yang berkesan
seringkali disalah erti sebagai pemimpin yang mampu mempengaruhi dan
menguasai pentadbiran secara memaksa dan angkuh. Seolah-olah kepimpinan
yang kuat bererti ketua memiliki pengaruh yang mencengkam anak buah,
pandangan ketua pula mesti diterima tanpa pertikaian. Mereka berkuasa
dengan menundukkan orang bawahan tanpa kerelaan hati pengikutnya. Dalam
aspek respon balas (feedback), idea dan pandangan pengikut pula
mesti melalui tapisan ketat. Hanya respon yang positif dan bertepatan
dengan kehendak ketua sahaja akan diterima. Sebaliknya, pandangan
bersifat kritis dan berbeza dari ketua akan dibakul sampahkan.
Menelusuri ibrah kepimpinan Baginda Nabi
S.A.W, kita akan dapati Baginda dinobatkan sebagai pemimpin yang
efektif disebabkan interaksi Baginda yang santun terhadap para Sahabat.
Di samping itu Baginda memiliki kekuatan hujah yang menggugat pihak
lawan.
Kualiti seorang pemimpin
Sementara itu di pihak Barat, Amerika
Syarikat menekankan bahawa kekuatan kepimpinan mesti difahami secara
lebih mendalam dan meluas berbanding tanggapan kebiasaan masyarakat.
● Santun, bukan berlagak VIP
Pemimpin kepada organisasi yang berjaya
disifatkan mesti memiliki personaliti yang paling sopan, tidak meninggi
diri dan tidak suka menonjolkan diri sebagai ketua yang gemar mengarah
orang bawahan.
● Inklusif
Mereka turut mengakui, sikap sesetengah
ketua yang membolot maklumat tertentu bertujuan mengatasi orang bawahan,
terlalu berahsia soal pengurusan (eksklusifiti), untuk berebut kuasa
dan bersaing menagih pengaruh sememangnya dapat mengukuhkan kedudukan
peribadi seorang pemimpin. Tetapi dalam masa yang sama, tabiat tersebut
bakal melemahkan badan organisasi mereka akhirnya membawa kepada
keruntuhan secara menyeluruh.
● Dahagakan ilmu
Dalam perbincangan berkenaan kualiti
yang mesti ada bagi seorang pemimpin unggul, Barat menyimpulkan bahawa
karakter yang paling utama bagi seorang pemimpin ialah keinginan untuk
terus belajar.
Stay hungry. Stay foolish.
● Keluar dari comfort zone
Pemimpin yang baik ialah mereka yang
menunjukkan kesanggupan luar biasa dalam memaksa diri mereka keluar dari
zon selesa, walaupun mereka telah mencatat rekod kejayaan.
● Berani mengambil risiko
Pemimpin yang hebat berani mengambil risiko, tidak sekadar statik dengan kaedah lama warisan turun-temurun.
"If you are not willing to risk the unusual, you will have to settle for the ordinary."
(John Rim)
● Tidak skeptik
Selain itu, sikap terbuka kepada idea
dan pihak lain merupakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan
seorang pemimpin unggul. (Hesselbein, 1965)
Keseluruhan kriteria tersebut sebenarnya
ada asasnya dalam Islam. Sikap kaum muslimin yang mengabaikan ajaran
Islam ternyata merugikan diri sendiri lantas menyebabkan kita kekal di
takuk lama. Sementara itu, musuh pula jauh meninggalkan kita.
Di sebalik jatuh bangun perniagaan Marks dan Spencer
Judi Bevan berkongsi dalam tulisan analisis beliau yang bertajuk The Rise and Fall of Marks And Spencer... And How It Rose Again
pula menerangkan kemerosotan yang dialami perniagaan tersebut pada
akhir 1990-an disebabkan oleh faktor utamanya kepimpinan yang tidak
gemar mendengar pandangan yang berbeza. Keadaan diburukkan pula dengan
budaya sycophantic followership, orang bawahan mengikut ketua
membuta tuli. Ibarat zombie, mereka tidak berfikir, selesa dijadikan
alat untuk menaikkan politikus. Mereka berpuas hati sekadar membawa
watak tukang angguk dan pak turut demi menjaga kedudukan mereka.
Sebahagian pengikut pula menganggap, sikap sedemikian memudahkan mereka
mendaki tangga kuasa di masa hadapan.
Pengikut yang penakut, tidak yakin diri
dan sentiasa teragak-agak dalam mengemukakan pendapat masing-masing ini
tidak mampu memberikan cabaran argumentasi kepada pihak berautoriti
dalam hierarki. Suasana ini apabila dibiar berlarutan, bukan sahaja
membawa kepada kelemahan organisasi. Malah akan menumpulkan daya fikir
pemimpin. Setiap pihak selesa bekerja tanpa wujudnya konfrontasi.
Suasana yang kononnya harmoni tersebut sudah pasti merosakkan
pentadbiran. Lama kelamaan organisasi mati mereput disebabkan kelemahan
dalaman sendiri, tanpa perlu musuh luaran bersusah payah melancarkan
serangan.
Budaya R&D
Suatu ketika dalam sebuah program
bengkel kepimpinan, para majikan sama ada beraliran bisnes mahupun
pendidikan diajukan senarai 15 bentuk sikap tidak kompeten yang
menyumbang kepada ketidak upayaan organisasi mereka mempelajari perkara
baharu, tidak mampu mencerap perubahan semasa (Senge, 1990). Lalu di
antara pilihan sikap yang tertinggi dalam carta undi adalah sikap mereka
yang:
● Tidak mampu meraih keuntungan berdasarkan pengalaman lalu. Buta sejarah.
● Tidak mahu mengambil peluang dari manfaat teknologi sedia ada, apatah lagi penerokaan taktik dan jalan baru.
● Keengganan melakukan survey atau culaan, ditambah pula dengan sikap skeptik terhadap badan pemikir secara intelijen.
● Kecenderungan untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain.
● Sangat mengutamakan tradisi dan aspek-aspek konservatisme.
● Kurang daya kreativiti, penambahbaikan dan keterbukaan minda.
Tao mencabar pemimpin
Buku Tao yang dianggap kitab hikmah bagi
masyarakat China pula melontarkan persoalan yang mencabar kekuatan
sebenar seorang pemimpin:
1. Mampukah anda memimpin tanpa ego anda?
2. Mampukah anda memimpin orang bawahan anda tanpa dilihat terlalu mengawal mereka?
3. Mampukah anda melakukan sesuatu tanpa pergantungan kepada kedudukan?
4. Meraih pencapaian tanpa mengambil kredit?
(Tao, 10)
Bagi mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin yang bijaksana Tao menukilkan pesanan;
Pertama,
Belajarlah memimpin dengan mengembangkan.
Belajarlah memimpin dengan mengembangkan.
Kedua,
Belajarlah memimpin tanpa niat menguasai orang.
Belajarlah memimpin tanpa niat menguasai orang.
Ketiga,
Belajarlah memberi tanpa mengambil manfaat.
Belajarlah memberi tanpa mengambil manfaat.
Keempat,
Belajarlah memimpin tanpa memaksa.
Belajarlah memimpin tanpa memaksa.
Kekuatan bagi seorang pemimpin adalah ketegasan berprinsip. Bukan kedegilan dan keras hati dalam menerima pandangan berbeza.
Disangka penjaga, sebenarnya penindas
Pemimpin yang bersikap diktator adakala
mengalas kezaliman mereka dengan hujah mahu memelihara ahli dari
kejahatan luar, tetapi dalam usaha tersebut mereka tidak sedar bahawa
mereka telah menzalimi orang bawahan mereka.
Jahil psikologi
Dalam berhadapan dengan pesaing,
sebahagian pemimpin kuno ini turut mewajarkan kekerasan mereka dalam
bertindak balas terhadap ancaman. Kononnya demi kebaikan ahli dan
mempertahankan status quo, akan tetapi tindakan tersebut membuktikan
mereka jahil dalam memahami psikologi musuh dan ahli. Lantas pendekatan
keras mereka mengakibatkan mereka tersingkir dari medan persaingan.
Terus terkubur dan lenyap ditelan sejarah disebabkan gagal menyesuaikan
diri dengan realiti semasa.
Kritis dan dinamik
Pendekatan subversif dalam menentang
musuh hanya akan memalitkan imej kepimpinan dengan wajah radikal, gemar
menimbulkan kekacauan, merombak keharmonian serta melanggar aturan.
Niat sekalipun baik, tidaklah dapat menghalalkan cara.
Sinergi ketua dan pengikut
Hidup di dalam dunia yang penuh dengan
pembohongan, mitos rekaan dan pelbagai kontradiksi, tugas kepimpinan
yang sebenarnya bukanlah untuk membentuk sebuah parallel world
di mana ahli dan pengikut sentiasa berfikir satu hala tanpa percanggahan
idea. Bukan juga dengan cara membina sebuah wilayah asing yang dipagari
tembok, tidak disentuh kecelaruan dan cabaran ‘real' world. Bukan juga mengasingkan komuniti sendiri dari political spin
demi menjaga diri. Akan tetapi sesebuah kepimpinan itu mesti mampu
berkonfrontasi dengan kepalsuan dan penyelewengan tersebut dengan nilai
kebenaran yang menjadi anutan mereka sendiri.
Kita sewajarnya merenung kembali episod
perjuangan kita dari segenap sudut. Sikap dan tanggungjawab ketua,
peranan pengikut serta strategi yang diguna pakai.
- HARAKAHDAILY 24/10/2018
Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
ReplyDeletesenang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL