Posting Terkini :
Home » » Kata-kata Dr Hisham Saqr mengenai kesyahidan anaknya Asma'

Kata-kata Dr Hisham Saqr mengenai kesyahidan anaknya Asma'

Written By Unknown on Thursday, August 15, 2013 | 9:55 PM

Dia membenarkan janjinya dengan tuhannya... maka tuhannya membenarkan janjiNya dengannya

Kita mengharapkan begitu tetapi kita tidak mensucikan sesiapa melebihi kesucian kpd Allah swt..

Puteriku yang cantik Asmaa ummu Rahmah dan Yahya telah trpilih menjadi syahidah semalam dari peluru yg ditembak oleh pembunuh tepat yang kejam, ditembak kepadanya sedangkan sepatutnya ditembak kepada yahudi dan musuh-musuh Mesir.

Aku menjadi saksi bahawa Asmaa' selalu mengharapkan shahadah dn selalu berkata "aku mahu pergi menuju tuhanku"

Asmaa' pernah bermimpi selepas syahidnya mujahid Said Siyam, beliau berkata kepada Asmaa' "mari bersamaku", lalu Asmaa' mahu mengikuti beliau, tetapi dihalang oleh ibunya dan suaminya. Mereka berkata kepada Asmaa' "bukan sekarang Asmaa', lain kali.."
Asmaa' sentiasa mengikati mimpinya sehinggalah ketika ini, Asmaa' berkata "inilah waktunya!"

Asmaa' menidurkan kedua anaknya sebelum bergerak ke medan raba'ah pada malam hari.aku berkata padanya "berpada-padalah turun ke medan. Kau masih ada anak-anak kecil yang perlukan kau".
Asmaa' lantas membalas "adakah aku patut menyia-nyiakan peluang untuk syahid semata-mata kerana anak-anak?!"

Suaminya, Essam mengetahui bahawa Asmaa' sangat mahukan syahadah. Essam berkata"Apabila Asmaa' terkena tembakan, aku cepat-cepat membawanya ke hospital, dan aku tidak meninggalkannya walau seketika, kerana aku tahu Asmaa' sangat rindukan syahadah. Sampai ditingkat 4 hospital Raba'ah, ketika aku dan Asmaa' terduduk di lantai menunggu rawatan, Asmaa' terkena tembakan di kepala dan syahid serta-merta".

Aku (ayah) menyangka Asmaa' berada berdekatan dengan tingkap, yg memudahkannya terkena peluru yg ditembak ke arah hospital, tetapi Essam mmberitahu bahawa antara tingkap dan Asmaa' terdapat 3 orang wanita yg sama-sama juga menunggu.
Aku bertanya lagi, adakah peluru datang dari arah atas, Essam menjawab beliau tidak tahu.yang beliau pasti ialah peluru tersebut memang ditujukan khusus kepada Asmaa'.

Semoga Allah merahmatinya dengan rahmatNya yang luas, dan tergolong dalam golongan yang diberikan syafaat di hari qiamat, dan semoga kami dapat mengikuti jejak langkah Asmaa' dan bersama para solihin.

Ya Allah timpakanlah balasanmu kepada musuh-musuhMu dan mereka yang berlaku zalim dan melampaui batas.
Share this article :

1 comment:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Harimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template