Posting Terkini :
Home » » Pertubuhan Islam Bantah ubah bentuk asal masjid tertua Moscow

Pertubuhan Islam Bantah ubah bentuk asal masjid tertua Moscow

Written By Abdullah Othman on Tuesday, September 6, 2011 | 5:43 PM

Majlis Mufti Rusia merancang membesarkan masjid besar Moscow, yang dibina pada 1904
tetapi mendapat bantahan daripada pertubuhan-pertubuhan Islam di Moscow. - Agensi
MOSCOW 6 Sept. - Pertubuhan-pertubuhan Islam di ibu negara Rusia ini menentang keras perubahan perancangan terhadap Masjid Besar Moscow, masjid tertua di ibu negara Rusia ini, walaupun rancangan itu dipersetujui oleh para pemimpin mereka.

Berikutan keputusan yang dibuat oleh Majlis Mufti di negara ini, masjid yang dibina pada 1904 itu akan diperbesarkan bagi menampung pertambahan beribu-ribu jemaah, di samping pembinaan sebuah hotel dan kedai-kedai.

Namun, beberapa pertubuhan Islam di Rusia dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, mereka tidak bersetuju dengan keputusan majlis tersebut dan akan membawa kes itu kepada pihak berkuasa lebih tinggi untuk meminta rancangan itu ditarik balik.

"Tidak ada sebab untuk memusnahkan bentuk asal masjid itu," kata mufti wilayah Perm, Mukhamedgali Khuzin, menurut agensi berita Ria Novosti, semalam.

Penentang projek itu berkata, masjid lama itu adalah peninggalan seni bina Tatar awal abad ke-20 yang kini diancam oleh 'pemodenan radikal'.

Semasa solat Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, masjid tersebut penuh sesak dengan jemaah. - AFP
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Rimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template