Posting Terkini :
Home » » Somalia akan mengalami kebularan yang dasyat

Somalia akan mengalami kebularan yang dasyat

Written By Abdullah Othman on Sunday, August 21, 2011 | 5:43 PM

SOMALIA kini dilanda krisis kebuluran selepas negara itu berhadapan dengan kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun dan ditambah lagi dengan perang saudara di negara itu, yang memburukkan lagi keadaan.

Seramai 3.7 juta rakyat negara itu kini berada dalam kebuluran dan 2.8 juta lagi berisiko akan mati jika tidak memperolehi bekalan makanan secepat mungkin.

Wartawan Luar Negara Utusan Malaysia, Muhammad Zulkifli Sainuddin dan Sheila Rani Chandrasekaran berpeluang menemu bual Penasihat Kanan kepada Presiden Somalia, Dr. Abdul Kareem Jama bagi mengetahui perkembangan terkini di negara itu.

UTUSAN: Bolehkah tuan ulas mengenai perkembangan terkini di Somalia?

DR. ABDUL KAREEM: Kami kini menghadapi situasi paling sukar dengan angka kebuluran mencecah 3.7 juta orang, tidak termasuk rakyat Somalia yang berada di luar negara. Sudah tiga tahun negara kami tidak menerima hujan dan keadaan ini menyebabkan sumber air kering kontang dan haiwan peliharaan mati, tanaman musnah dan akhirnya mencetuskan krisis kebuluran. Paling teruk terjejas adalah kanak-kanak yang mengalami kekurangan makanan berzat serta golongan wanita.

Bagaimana dengan bantuan yang diterima ketika ini?

Kami ada menerima bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Islam lain seperti Qatar, Kuwait dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Bantuan itu bagaimanapun masih tidak mencukupi. Malah bantuan daripada PBB agak lambat diterima kerana perlu menjalani banyak proses penilaian. Kami juga terpaksa mengukur pergelangan tangan kanak-kanak yang kebuluran untuk memastikan mereka yang paling teruk sahaja dibantu ekoran kekurangan bekalan.

Selain itu, kami juga berhadapan masalah untuk menyalurkan bekalan ke kawasan yang dikuasai militan al-Shabab, terutamanya di bahagian selatan Somalia. Oleh itu kami minta supaya bekalan bantuan ini dapat disegerakan.

Apakah jenis bantuan yang amat diperlukan ketika ini?

Kami kini amat memerlukan bantuan makanan, air bersih, khemah, ubat-ubatan dan pakar perubatan dengan segera untuk mengelak lebih ramai lagi mati akibat kebuluran.

Di samping itu, kami juga mahu masyarakat dunia tampil memberi kami sokongan moral.

Apakah punca tercetusnya krisis kebuluran ini, adakah disebabkan kemarau semata-mata ataupun akibat perang saudara?

Punca sebenar krisis kebuluran ini tercetus adalah disebabkan kemarau panjang. Negara kami sebenarnya kaya dengan sumber asli dan memiliki kawasan pertanian, penternakan yang luas dan kawasan pantai yang panjang, tetapi kemarau kali ini telah memusnahkan semuanya. Krisis politik yang berlaku bukanlah penyebab utama kepada krisis kebuluran ini, tetapi ia memburukkan lagi keadaan. Krisis politik dan perang saudara di Somalia telah berlaku sejak 20 tahun lalu, tetapi sebelum ini kami belum pernah berhadapan krisis kebuluran seteruk ini.

Adakah krisis kebuluran ini akan berterusan dan menjadi lebih buruk?

Hujan dijangka turun pada Oktober ini dan kami harap krisis ini akan berakhir menjelang akhir tahun ini. Meskipun begitu, proses pemulihan akan mengambil masa yang panjang. Namun jika hujan masih tidak turun sehingga tahun depan, maknanya Somalia akan menjadi sebuah negara yang ‘menakutkan’.
Share this article :

1 comment:

  1. Assalamualaikum. kat mana boleh salurkan derma?

    ReplyDelete

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Rimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template