
Fayyad semasa pertemuan dengan wartawan di bandar Ramallah, Tebing Barat menggesa Gingrich memohon maaf kerana mengeluarkan ‘kenyataan yang biadab, melukakan hati dan tidak masuk akal’.
Kenyataan Gingrich itu memutarbelitkan kebenaran sejarah dan tidak boleh diterima sama sekali, kata Fayyad.
“Malah di Israel, pendatang haram Yahudi yang paling ekstremis pun tidak berani membuat kenyataan yang sebegitu lancang.
“Penduduk Palestin sudah tinggal di bumi ini sejak awal lagi dan bertekad untuk menetap di sini hingga ke akhir zaman,” tegas beliau.
Dalam wawancara itu, Gingrich yang juga bekas Speaker Dewan Perwakilan AS menyifatkan rakyat Palestin sebagai ‘bangsa rekaan yang sebenarnya Arab dan mengikut sejarahnya adalah sebahagian daripada masyarakat Arab’.
“Mereka mendapat peluang untuk merantau ke banyak tempat, dan atas pelbagai sebab politik, kita menghadapi perang (Arab) menentang Israel ini sejak 1940-an dan saya menganggapnya sebagai tragik,” kata beliau.
Gingrich juga menggambarkan pandangan hidupnya sebagai ‘hampir menyamai’ pandangan hidup Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan berikrar akan mengambil ‘pendekatan yang jauh lebih tegas dan lebih terus-terang terhadap Asia Barat’ jika beliau dipilih menjadi Presiden AS.
Sementara itu, rakyat Palestin di Genting Gaza hari ini turut mengadakan satu perarakan sempena ulang tahun ke-44 penubuhan Barisan Popular untuk Liberasi Palestin. – AFP
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !