Posting Terkini :
Home » » Saif al-Islam atur penerbangan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Saif al-Islam atur penerbangan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Written By Unknown on Friday, October 28, 2011 | 5:19 PM

DUBAI 28 Okt. - Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam cuba mengatur penerbangannya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague ekoran bimbang ditangkap di Libya dan menerima nasib sama seperti bapanya.

Menurut pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya, Saif, 39, telah menyeberangi sempadan ke Niger tetapi masih belum menemui cara untuk ke ICC.

"Beliau telah berhubung dengan kerajaan Mali, Afrika Selatan dan beberapa negara jiran lain untuk mengatur penerbangannya itu, tetapi masih belum mendapat sebarang jawapan dan masih menunggu." kata pegawai NTC yang enggan dikenali.

Menurut pegawai itu, Saif bimbang dengan keselamatannya dan percaya tindakannya menyerah diri kepada ICC adalah pilihan terbaik.

"Beliau berusaha mendapatkan bantuan luar untuk menerbangkannya ke The Hague, di mana tidak ada hukuman mati dijatuhkan.

"Beliau mahukan sebuah pesawat dan diberi jaminan," kata sumber dari NTC melalui panggilan telefon dari Libya.

Walaupun beliau mungkin berjaya mendapatkan bantuan itu ekoran hubungan baik Gaddafi dengan negara jiran semasa pemerintahannya, tuduhan ke atas Saif kerana melakukan tindakan kekerasan ketika mematahkan revolusi rakyat di Libya oleh ICC bakal mengehadkan pilihannya.

Sementara itu ICC yang bergantung kepada sesebuah negara untuk menahan suspek berkata, mereka cuba mengesahkan kedudukan dan hasrat Saif itu bersama bekas ketua perisikan Libya, Abdullah al-Senussi.

Sementara itu di BRUSSEL, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini mengumumkan akan menamatkan misi ketenteraannya di Libya pada minggu depan.

Dalam satu mesyuarat di Brussel, duta-duta daripada 28 buah negara anggota NATO, memutuskan untuk menamatkan misi ketenteraan di Libya yang dimulakan pada 31 Mac lalu pada Isnin ini.

"Kerja kami kini sudah selesai," kata Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen dalam satu mesej di laman web Twitter mengesahkan keputusan itu. - Reuters
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Harimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template