Posting Terkini :
Home » » Rejim Zionis beli kelengkapan kawal protes Palestin

Rejim Zionis beli kelengkapan kawal protes Palestin

Written By Abdullah Othman on Saturday, August 13, 2011 | 4:54 AM

TENTERA Zionis menahan seorang lelaki yang menunjuk perasaan di tembok pemisah Israel
di kampung Walajah dekat Baitulaham di Tebing Barat, kelmarin. - AFP
BAITULMAQDIS 12 Ogos - Rejim Israel mengimport 15 ekor kuda, dua meriam air, pelancar gas pemedih mata dan mesin mengeluarkan bunyi yang meloyakan untuk mengawal penunjuk perasaan sekiranya keadaan tidak terkawal semasa demonstrasi yang dirancang rakyat Palestin pada bulan depan.

Demonstrasi itu dianjur oleh rakyat Palestin sebagai usaha untuk mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rejim Israel berharap peralatan yang digunakan akan mengelakkan daripada berlakunya kematian di kalangan penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa Palestin merancang untuk menjadikan demonstrasi itu berlangsung secara aman dan mengelak konfrontasi dengan Israel.

Israel bimbang sekiranya sebarang kejadian 'rakyat Palestin membunuh rakyat Israel dengan bom atau pistol, atau askar Israel membunuh rakyat Palestin ketika rusuhan', ia mampu mencetuskan keganasan dengan jumlah besar penunjuk perasaan yang keluar berdemonstrasi.

Rakyat Palestin merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Tebing Barat dan di luar negara serentak dengan sesi Perhimpunan Agung PBB bulan depan, yang mana rakyat negara ini berharap akan diberikan pengiktirafan kepada negara mereka.

Inisiatif menuntut pengiktirafan itu memberi gambaran kekecewaan rakyat Palestin terhadap rundingan damai Palestin-Israel yang tertangguh sejak sekian lama.

Pihak polis menggandakan jumlah anggota pasukan anti rusuhan dengan mengerahkan lebih 2,000 anggota, kata satu sumber dalaman pihak polis menerusi kenyataan akhbar.

"Polis berhadap dapat mengelakkan sebarang kematian dalam majlis (pengesahan PBB terhadap) kemerdekaan Palestin," kata Nissim Mo, komander bahagian operasi polis.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Rimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template