NEW YORK - Kumpulan hak asasi manusia Amerika Syarikat (AS) menggesa masyarakat antarabangsa mendakwa bekas presiden negara itu, George Bush (gambar) kerana melakukan jenayah perang.
Menurut Human Rights Watch (HRW), kerajaan negara luar perlu campur tangan jika pentadbiran Presiden Barack Obama enggan menyiasat bukti kukuh terhadap Bush yang dipercayai menyeksa tahanan perang.
Dalam laporan dikeluarkan semalam, HRW menegaskan pihak berkuasa AS diwajibkan dari segi undang-undang untuk menyiasat perbuatan menyeksa, menculik dan layanan buruk kepada tahanan semasa pemerintahan Bush.
Selain Bush, HRW turut menamakan naib presidennya, Dick Cheney, bekas setiausaha pertahanan AS, Donald Rumsfeld dan bekas pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), George Tenet sebagai bersubahat dalam jenayah perang.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !