Posting Terkini :
Home » » Mossad Bunuh Tokoh HAMAS di UAE

Mossad Bunuh Tokoh HAMAS di UAE

Written By Abdullah Othman on Sunday, January 31, 2010 | 7:06 PM

Laman internet Israel "Central Issues" dalam laporannya menyatakan bahawa agen-agen Mossad bertanggung jawab penuh atas pembunuhan keji terhadap Mahmud Mabhuh yang merupakan salah satu tokoh terkemuka dalam sayap militer Hamas Briged Al-Qassam dan termasuk komandan senior serta salah seorang pendiri briged Al-Qassam. Mahmud memasuki Uni Emirat Arab pada minggu ketiga tanggal 19 Januari yang lalu, namun tubuhnya ditemukan tidak bernyawa di sebuah hotel tempat dia tinggal selama di Dubai.

Masih menurut laman Israel tersebut, pembunuh Mahmud berjumlah empat orang dan merupakan agen-agen Mossad yang dilengkapi dengan informasi yang tepat mengenai keberadaan Mahmud selama kunjungannya di Dubai.

Laman itu juga menyatakan bahawa penyelidikan kes pembunuhan terhadap Mahmud, kuat dugaan terkait dengan rencana Mahmud membeli senjata dari Iran dan rencana penyusunan rute penyelundupan senjata-senjata itu ke Tebing Barat.

Sedangkan menurut hasil penyelidikan resmi dari polis Dubai yang mendakwa telah berhasil mengungkap misteri kematian Mahmud Mabhuh, menyatakan bahawa kumpulan penjenayah terkenal Eropah lah yang berada di belakang pembunuhan Mahmud.

Pejabat berita Dubai mengutip pernyataan seorang pegawai keamanan uni emirat Arab di Dubai, mengatakan pihakpolis tidak akan lagi menyatakan bahawa kejahatan atau pembuhuhan terhadap Mahmud sebagai kejahatan yang tidak diketahui atau misterius, kerana menurut hasil penyelidikan polis, Mahmud dibunuh oleh kumpulan penjenayah yang kebanyakan beranggotakan orang Eropah.(fq/imo)
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Rimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template