Posting Terkini :
Home » » Iran kaji drone pengintip AS

Iran kaji drone pengintip AS

Written By Unknown on Sunday, December 11, 2011 | 2:40 PM

TEHERAN 11 Dis. - Iran tidak akan memulangkan sebuah drone (pesawat tanpa juruterbang) Amerika Syarikat (AS) yang ditembak jatuh baru-baru ini, tetapi akan menyimpannya untuk dikaji dan dianalisis.

Timbalan Komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Jeneral Hossein Salami hari ini berkata, Teheran akan menyimpan drone pengintip AS itu untuk melihat sejauh mana pesawat tersebut dapat meningkatkan pengetahuan teknologi negara ini.

"AS bagaimanapun boleh menebus tindakan agresifnya dengan mengambil beberapa langkah (politik) yang betul," kata Salami.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai langkah yang boleh diambil oleh AS bagi menebus perbuatan yang disifatkan oleh Iran sebagai tindakan permusuhan dan agresif terhadap kedaulatan wilayah negara ini.

Teheran berkata, tenteranya menembak jatuh drone AS itu awal bulan ini ketika ia terbang di ruang udara Iran.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pula mengakui sebuah pesawat tanpa juruterbang hilang semasa misi di barat Afghanistan.

"Tidak ada bezanya dari mana asal drone itu, kenyataannya tiada negara yang akan menerima pencerobohan sebuah drone pengintip di ruang udaranya," kata Salami, menurut laporan agensi berita Fars. - DPA
Share this article :

1 comment:

  1. tanpa mengira berita apapun, samada sentinel RQ-170, kematian saintis iran, polis ada kuasa buka burqa dan lain-lain...sampai bila2 amerika, sekutunya dan yahudi 200% mahu hancurkan orang islam. lemahnya orang islam, kenapa..kenapa..kenapa....kalau mahu islam itu didaulatkan semua negara islam keluarlah dari PBB...buatlah 'PBBI(islam)B(bersatu)sendiri.........

    ReplyDelete

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Harimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template