Posting Terkini :
Home » » Umar Patek mengaku terlibat mengebom Bali

Umar Patek mengaku terlibat mengebom Bali

Written By Unknown on Saturday, August 13, 2011 | 5:02 AM

JAKARTA 12 Ogos – Polis Indonesia hari ini memberitahu suspek pengebom serangan Bali 2002, Umar Patek telah memberikan butiran cara dia membuat bom itu dan menyerahkannya kepada rakan subahat.

Jurucakap polis, Anton Bachrul Alam berkata, Umar memberi kerjasama dalam siasatan polis sejak dia diekstradisi semalam dari Pakistan, tempat dia ditahan pada Januari lalu.

“Dia mengaku membantu membuat bom untuk pengeboman di Bali dan bekerjasama dengan Azahari,” kata Anton.

Azahari ialah anggota pengganas yang dibunuh dalam insiden berbalas tembakan pada 2005 ketika polis memburu anggota rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) yang terlibat dengan pengeboman Bali yang mengorbankan 202 orang.

Menurut Anton, Umar juga mengaku melakukan siri serangan bom gereja di Indonesia menjelang perayaan Krismas tahun 2000 yang mengorbankan 19 orang.

Selepas serangan di Bali 2002 yang menyebabkan Indonesia menjadi negara di barisan hadapan ‘memerangi pengganas’, Umar telah melarikan diri ke Filipina.

Dia dikehendaki di Filipina kerana disyaki berkomplot dengan militan melancarkan serangan selepas melarikan diri dari Indonesia.

Dia kemudiannya kembali ke Indonesia pada 2009 untuk menyertai Dulmatin, seorang lagi sekutu penyerang Bali yang sedang menubuhkan kumpulan rangkaian al-Qaeda di Aceh ketika itu, tetapi rakan subahatnya itu telah ditembak mati polis tidak lama selepas itu.

“Dia tahu apa yang berlaku di wilayah Aceh dan kami harap kehadirannya di sini dapat membantu kami mengetahui siapa lagi sekutunya dan sekali gus menghalang kegiatan mereka,” ujar Anton.

Umar, 41, mungkin tidak akan didakwa di bawah undang-undang ketat anti-pengganas Indonesia kerana jenayah yang dilakukannya berlaku sebelum peraturan itu diperkenalkan.

Dia bagaimanapun mungkin berhadapan hukuman mati kerana menyebabkan banyak kematian. – AFP
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

INFO

Tiada lagi...

Komen

 
Programmer : Creating Website
Webmaster Anak Rimau
Copyright © 2011. Anak Harimau - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template