Selepas lebih seminggu beta 4 diperkenalkan, hari ini Apple telah mula menawarkan iOS 7 Beta 5 kepada para pembangun, membolehkan mereka mengemaskininya, dan menggunakan beberapa perkara baru yang disertakan bersama-sama dengannya.
Melalui Beta 5 ini, ia dikatakan membawakan kemaskini kepada bahagian ikon pada halaman tetapan, selain lebih memfokuskan kepada mengatasi beberapa masalah pepijat yang telah dikenal-pasti pada perisian percubaan berkenaan sebelum-sebelum ini.
Dengan pengenalan beta 5 ini, ia memperluhatkan Apple selangkah lagi menghampiri untuk pelancaran versi akhir iOS 7. Mengikut beberapa spekulasi sebelum ini, iOS 7 dikatakan akan hadir sekitar penghujung September kelak untuk para pengguna peranti iOS sedia ada.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !