1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih,
kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan
pendoa.
2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang
dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan
kemungkaran.
3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama
keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan
kasih sayang yang penting.
4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar.
Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan
pengharapan suami tanpa perlu disebut.
5. Didik suami berkenaan apa yang
anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga
200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada
suami.
6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk
suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut
kehendaknya.
7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur
dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit,
mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.
8. Doakan suami
setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk
kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.
9. Pastikan anda melebihkan
suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun
terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
10.
Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik
anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak
anda.
11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah
ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin
adalah berdosa.
12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi
menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan
rumahtangga akan musnah.
13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum,
kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik
kerja.
14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami
rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama
suami.
15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih
sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah
sunah.
16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan
dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.
17.
Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang
berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami
stres.
18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda
menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.
19.
Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki
terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik
bagi suami anda.
20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar
menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan
ini salah dan berdosa.
21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak
berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas
kebaikan yang suami lakukan.
22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita
kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami
mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
23. Elakkan daripada
menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen,
menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.
24.
Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan
yang bakal menghancurkan rumahtangga.
25. Kejutkan suami untuk sembahyang
malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan
yang menarik hidayat dan menerangkan kubur.
26. Dalam kes berpoligami,
jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar.
Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.
27. Isteri yang meminta
cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta
cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.
28. Benteng diri
daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta'awuz, ayat kursi,
sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat
3 'Qul'.
29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk
lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang
sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.
30. Apabila suami balik kerja,
beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang
baik dan kurangkan berita yang buruk.
31. Jadikan Quran sebagai teman
dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan
dhuha.
32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami
setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.
33. Jauhi
perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain.
Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin
berlaku.
34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan
tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang
jahil tak nampak hakikat ini.
35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan
suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri
kita terima dengan redha dan syukur.
36. Kenal pasti punca yang
menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak
dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas
mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.
37. Fahami kesan marah.
Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang
rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.
38.
Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai
kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik,
jadilah kawan yang baik.
39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami
marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk
kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.
40. Ubat hati yang
berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf,
maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun
yang baik-baik.
41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang
menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan
suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.
42. Suara
yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan
dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.
43. Apabila
melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya
penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya
ditolak.
44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun
kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur
apabila suami isteri sama-sama ego.
45. Sentiasa muliakan keluarga suami.
Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib
memuliakan orang yang suami kita sayang.
46. Cemburu itu sifat orang yang
beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah
dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan
rumahtangga kita.
47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan
sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera
bertaubat apabila melakukan dosa.
48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku
dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari
kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah
kita.
49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat,
istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik
kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita.
50.
Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan
orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara
sebaik mungkin.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !